Ahad, 6 September 2009

JAUHARI JATI



Jauhari Jati adalah sebuah syarikat pembekal dan penjual perabot jati baru terbesar di daerah kluang Johor. Syarikat ini telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan telah memulakan operasi perniagaannya sejak 01/01/2008 . Syarikat dimiliki oleh dua orang rakan kongsi yang berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Kami mempunyai pelanggan dari pelbagai bangsa dan pihak samada sektor kerajaan mahu pun swasta dari seluruh negeri di semenanjung Malaysia.
Perabot Jati kami adalah asli dengan kehalusan rekabentuk dan terpilih serta berkualiti yang diimport terus dari tanah jawa Jepara, Indonesia. Demi untuk memastikan barangan kami berkualiti dan mengikut standard piawaian perabot jati idaman pengguna, kami membuat tempahan dengan pergi terus ke pusat pembuatannya di Jepara Indonesia bagi memastikan pemilihan reka bentuk dan warna barangan kami terjamin.

Barangan perabot jati pilihan kami adalah terdiri daripada set kerusi ruang tamu, set meja makan, set ruang bilik tidur, penghadang jati/sketsel /partition pelbagai corak dan bentuk , Almari tv, Almari Sudut,sofa santai seperti sofa kidang, sofa cleopatra dll. Peralatan perhiasan kami seperti pigura/cermin hiasan, Almari Jam Hiasan besar/kecil (berdiri), rekhal Al-Quran dan banyak lagi.

Kami menerima pelbagai tempahan pelbagai rekabentuk jati dan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Malaysia dan luar negara mengikut terma dan syarat yang diberikan.

Antara usaha untuk meningkatkan penyebaran maklumat yang lebih berkesan kepada para pelanggan, kami telah mengiklankan barangan kami melalui media elektronik seperti siaran iklan radio di BEST 104 JOHOR ,SINAR.FM, SURIA.FM dan spot ERA.FM

Pembayaran pembelian adalah secara tunai dan menyediakan perkhidmatan pembayaran mudah dengan menggunakan mesin kad perbagai guna seperti mastercard, visacard, MEPS/atmcard dan debitcard. Kami juga menyediakan skim pembiayaan peribadi i-ASLAH belian PLUS kerjasama bank Rakyat.

Hiasilah kediaman dan tempat anda dengan perabot jati berkualiti dari Jauhari Jati..
Anda pasti berpuas hati .
untuk keterangan lanjut sila hubungi 077767723/0127522257/0127310945
atau layari www.jauharijati.com ...
JAUHARI JATI MEMANG BERBALOI






video